RM10K i-Sinar: Perkhidmatan Dalam Talian KWSP i-Sinar Dikemaskini

Hari ini, Rabu 2 Disember 2020 merupakan hari yang dinantikan segenap lapisan masyarakat berkenaan dengan perincian menyeluruh bagi pengeluaran RM10,000 one-off Akaun 1 KWSP. Perkara ini telah dijanjikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul semasa ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, baru baru ini.


PERKHIDMATAN DALAM TALIAN KWSP I-SINAR

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat sedang mengemaskini sebuah portal terbaru iaitu isinar.kwsp.gov.my ataupun Perkhidmatan Dalam Talian KWSP i-Sinar. Ini bertujuan bagi memudahkan urusan pengeluaran pemegang akaun yang sah.

Dalam masa yang sama, KWSP turut mengingatkan kepada pengguna, bagi memudahkan urusan pengeluaran i-Sinar nanti untuk

  • Mendaftar i-Akaun
  • Kemaskini Maklumat Peribadi
  • Pastikan Akaun Bank Anda Aktif
Sekiranya anda belum memiliki i-Akaun, Mingguan Kerja ada memuat naik artikel berkenaan Cara-cara Melakukan Pendaftaran i-Akaun KWSP


KWSP I-sinar merupakan inisiatif kepada semua ahli yang terjejas pendapatan, boleh dikeluarkan dari Akaun 1 ahli dengan jumlah pengeluaran RM10,000 sehingga RM60,000. Perkara ini disampaiakn oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul dalam ucapan penggulungan belanjawan 2021 baru baru ini.

“Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan,” katanya dalam persidangan parlimen tersebut. Tambahnya lagi, Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.

Masyarakat dilihat menyambut baik pengumuman tersebut, namun selepas beberapa hari dari pengumuman tersebut, tuntutan bagi pengeluaran secara 'one-off' hangat dibicarakan di media sosial.

Pada 27 November baru baru ini, KWSP melalui laman facebook rasminya mengumumkan bahawa kemudahan portal i-Sinar sedang dibangunkan secara rasmi.