[Terkini] Potongan 50 Peratus Jika Bayar Kompaun Dalam Masa 7 Hari ~ COVID19

Kongsikan Artikel Ini

sop%2Bterkini


Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
PUTRAJAYA: Individu dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) boleh mendapat potongan 50 peratus, jika membayarnya dalam masa tujuh hari.


Diskaun 50 Peratus Dan 25 Peratus

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata individu ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga boleh mendapat diskaun 25 peratus daripada nilai kompaun, sekiranya denda dibayar dalam tempoh lapan hingga 14 hari.

Golongan Yang Boleh Merayu Jika Tidak Mampu Membayar Kompaun Langgar SOP

Selain itu, beliau berkata, pelajar, ahli keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40), pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU) boleh merayu jika tidak mampu untuk membayar kompaun kerana melanggar SOP PKP.

Diskaun 50 Peratus Jika Bayar Dalam Tempoh Masa 7 Hari

“Seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu, jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat diskaun 50 peratus,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, mulai 1 April ini, pasukan penguatkuasaan pelaksanaan SOP dianggotai polis, tentera, RELA dan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan.


Kongsikan Artikel Ini