Tarikh Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Seterusnya Bulan April 2021 ~ Semak Tarikh Pembayaran Anda!

Kongsikan Artikel Ini

april%2Bi%2Bsinar

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Pasti ramai daripada pemohon i-Sinar tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran seterusnya untuk i-Sinar KWSP.  Ramai juga pemohon yang keliru kenapa bulan Mac pembayaran tidak dilakukan ke dalam akaun mereka.


Untuk makluman anda, pembayaran i-Sinar kategori 1 sebelum ini untk bulan Mac telah pun diawalkan dan dibayar pada bulan Februari yang lalu.





Disebabkan pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac, maka tiada pembayaran dilaksanakan pada bulan Mac bagi memberi kemudahan kepada KWSP untuk mengubah sistem yang baharu untuk permohonan i-sinar tanpa syarat,

Kami kongsikan kepada anda bilakan pembayaran seterusnya akan dilakukan.

Tarikh Pembayaran Seterusnya i-Sinar KWSP

Melalui i-Akaun beberapa para pemohon, menunjukkan tarikh seterusnya pembayaran akan diteruskan:

  • Pembayaran seterusnya akan dibuat bermula 1 April 2021
  • Pembayaran dilakukan mengikut batch dan kumpulan. 
  • Sekiranya anda penerima batch 1, anda akan terima bayaran april pada 1 April, manakala bagi batch seterusnya adalah mengikut batch masing-masing.
  • Pembayaran ini hanya melibatkan mereka para pemohon yang membuat permohonan pada Januari 2021.
  • Tidak terpakai untuk permohonan tanpa syarat yang dilaksanakan pada 8 Mac lalu.

Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.

3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri

4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.

5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my

Kredit: kerjasemasa.com


Kongsikan Artikel Ini