Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2,000

Kongsikan Artikel Ini

BAYARAN INSENTIF AWAL PENJAWAT AWAM | Berita gembira! Semua penjawat awam termasuk pesara kerajaan akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 23 Februari 2024.

📌 Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 dibuat 23 Februari 2024

📌 Laporan akhir Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran ini.

Insentif Awal Penjawat Awam
Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2,000 7

Tujuan Insentif Awal Penjawat Awam

Insentif RM2000 penjawat awam ini diperkenalkan sementara kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Pemberian Insentif RM2000 penjawat awam ini juga diambil untuk meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta memudahkan persiapan menghadapi Ramadan dan Syawal.

Artikel berkaitan :

Jumlah Insentif Awal Penjawat Awam

Berikut merupakan jumlah insentif yang akan disalurkan kepada mereka yang berada di sektor awam :

  • Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berjumlah RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
  • Insentif sebanyak RM1,000 juga diberikan kepada jawatan utama sektor awam, merangkumi pihak seperti polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata, dan seluruh anggota beruniform.
  • Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen juga menerima bayaran insentif RM1,000.

Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, akan disalurkan pada 23 Februari ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan pada hari ini 6 Februari 2024.

Insentif Awal Penjawat Awam
Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2,000 8

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Insentif Awal Penjawat Awam
Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2,000 9

Kajian SSPA adalah inisiatif yang dijalankan sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12. Ia bermatlamat untuk memodenkan perkhidmatan awam agar lebih dinamik dan berprestasi tinggi. Dalam usaha mencapai objektif ini, SSPA akan menumpukan kepada beberapa aspek termasuk peningkatan efisiensi, pengurusan kos optimum, peningkatan produktiviti, dan peningkatan kesejahteraan penjawat awam.

Insentif Awal Penjawat Awam
Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2,000 10

Bagi mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai SSPA, pihak berkepentingan boleh melayari laman web semakansaraan.jpa.gov.my.


Kongsikan Artikel Ini