Tarikh & Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Kongsikan Artikel Ini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah inisiatif Rahmah dalam Bajet MADANI kedua (Bajet 2024).

Tujuannya adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam mengatasi kos hidup yang meningkat.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Tarikh & Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 7

Artikel berkaitan : Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Tarikh & Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 8

Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

PeringkatTarikh Bayaran
Fasa 129 Januari 2024
Fasa 23 April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Tarikh & Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 9

Cara Semak Status Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Anda boleh membuat semakan status permohonan STR melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Tarikh & Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 10

Kadar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah

  • RM1,000 (Tiada anak)
  • RM1,500 (1-2 anak)
  • RM2,000 (3-4 anak)
  • RM2,500 (5 ke atas)

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000

  • RM500 (Tiada anak)
  • RM750 (1-2 anak)
  • RM1,000 (3-4 anak)
  • RM1,250 (5 ke atas)

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600

Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta pendapatan RM2,500 ke bawah

  • RM350

Maklumat Lanjut

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah hasil daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu mengenai bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berkuasa melalui:

  • Talian Penting STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian hotline STR Kementerian Kewangan : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: [email protected]

Kongsikan Artikel Ini