STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1

Kongsikan Artikel Ini

STR 2024 – Pembentangan Belanjawan 2024 dilihat lebih memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau, demikian menurut penganalisis ekonomi.

Belanjawan 2024 juga dijangka akan terus mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI dengan fokus meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama.

STR 2024
STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 10

Kadar STR 2024 Dinaikkan Lebih Tinggi

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Melalui ucapan Perdana Menteri, beliau mengumumkan bahawa peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Yang mana ianya akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

STR 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 11
STR 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 12

Artikel berkaitan :

Kadar Bayaran STR 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar minimum STR untuk golongan belia dan isi rumah akan dinaikkan. Berikut adalah jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan:

Kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
  • Tiada anak : RM100
  • 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150
Tarikh Permohonan & Pembayaran STR 2024
STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 13
Tarikh Permohonan & Pembayaran STR 2024
STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 14

Permohonan & Semakan Status STR 2024

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza yang mana pihak kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023.

Selain itu, permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

str 2024 1 1024x1024 1
STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 15

Tarikh Bayaran STR 2024

Untuk makluman anda semua, bayaran pertama bagi STR 2024 akan dilakukan bermula pada FEBRUARI 2024 dan dijangka akan disalurkan sebelum bulan Ramadhan.

  • Fasa 1 : Februari 2024 (dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Tarikh Permohonan & Pembayaran STR 2024
STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 16

Maklumat Lanjut

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.


Kongsikan Artikel Ini