Bantuan Awal Persekolahan 2024 : Tarikh Bayaran & Borang Permohonan

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Awal Persekolahan 2024 bernilai RM150 akan mula disalur kepada setiap murid bermula tahun depan 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bantuan secara ‘one-off’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.

Bantuan ini akan disalur melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan 2024 secara umum.

Artikel berkaitan :

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan 2024,” kata KPM menerusi kenyataan.

Penjelasan dibuat susulan timbul kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024, seperti dilaporkan media.

KPM memaklumkan, sebanyak RM788.13 juta diperuntukan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.

Bantuan Awal Persekolahan 2024
Bantuan Awal Persekolahan 2024 : Tarikh Bayaran & Borang Permohonan 5
Bantuan Awal Persekolahan 2024
Bantuan Awal Persekolahan 2024 : Tarikh Bayaran & Borang Permohonan 6

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2024

Pemberian BAP 2024 kepada murid-murid akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023 / 2024; dan
  3. Murid bersekolah di sekolah-sekolah berikut;
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran Bantuan BAP

  • Bantuan Awal Persekolahan 2024 akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan 2024 dibuat sama ada secara tunai atau disalurkan terus ke akaun bank murid.
  • Murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan 2024 akan diberi bantuan sebanyak RM150 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
  • Tarikh penyaluran Bantuan Awal Persekolahan 2024 adalah mulai Januari 2024.

Borang Bantuan BAP

Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Selain itu, terdapat juga sekolah yang akan mengedarkan borang-borang berikut:

Borang PB1 : (Borang Permohonan Bantuan Persekolahan)
Borang PB2 : (Borang Pengesahan Pendapatan)

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

Pendapatan Kasar Bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki / gaji pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai Pendapatan Kasar Bulanan.

Ibu bapa / penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB1 & PB2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2024 ini, anda boleh merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Join Group Whatsapp Info Bantuan Malaysia :


Kongsikan Artikel Ini