Rumah Mesra Rakyat RMR 2024 : Permohonan & Syarat Kelayakan

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan dan Cara Mohon.

Syarikat perumahan negara berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik menteri kewangan diperbadankan (MOF INC) yang menawarkan skim Rumah Mesra Rakyat 2024 (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik (rumah mesra rakyat 2024) dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Berikut akan dikongsikan maklumat mengenai Rumah Mesra Rakyat 2024:

BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan,petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah / atau tinggal di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

Rumah Mesra Rakyat 2023 750kps
Rumah Mesra Rakyat RMR 2024 : Permohonan & Syarat Kelayakan 6

Keluasan RUMAH 750 KPS (SEMENANJUNG)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM300
Rumah Mesra Rakyat 2023 750kps 2
Rumah Mesra Rakyat RMR 2024 : Permohonan & Syarat Kelayakan 7

Keluasan Rumah 750 KPS (PULAU DI SEMENANJUNG)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pinjaman: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: : RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM350
Rumah Mesra Rakyat 2023 750kps 3
Rumah Mesra Rakyat RMR 2024 : Permohonan & Syarat Kelayakan 8

Keluasan Rumah 750 KPS (SABAH/SARAWAK/LABUAN)

  • Harga: RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM300 – RM470

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memilki rumah sendiri/memiliki rumah usang/tidak sempurna
  • Tapak/Tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian /bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah,pemohon mestilah mendapatkan kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Secara Online

  1. Layari laman web SPNB di pautan berikut:
  2. Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  3. Setelah itu,ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  4. Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  5. Lengkapkan borang yang dikehendaki
  6. Selesai isi borang, Klik “SELESAI PENDAFTARAN” dan Cetak borang
  7. Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB/cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

Borang permohonan boleh didapatkan di cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen yang diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jka berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari pejabat tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan)/Surat akuan sumpah pendpatan/ Surat pengesahan pendpatan pemohon/ Pemohon kedua
  6. Surat akaun sumpah / Surat pengesahan tidak memiliki rumah / memiliki rumah yang usang
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri

  1. Penyata bank 3 bulan terkini
  2. Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  3. Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

NOTA:

  • Surat pengesahan pendapatan/ tidak emiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan
    melalui penghulu ketua kampung/ pegawai profesional kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari
    semasa ke semasa.

SEMAKAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Maklumbalas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukkan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperlukan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

  • Mengisi dan melengkapi borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan elektrik dan air
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/ Institusi kewangan jika perlu

MAKLUMAT LANJUT

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad

Tingkat 8, Wisma Perkeso

Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)

Emel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Cawangan Kedah

No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah

Telefon: 04-4500375 / 04-4500376

Faks: 04-4500379

Emel: [email protected]

Cawangan Melaka

No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.

Telefon: 06-3369751 / 06-3369752

Faks: 06-3369753

Emel: [email protected]

Cawangan Negeri Sembilan

No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2

Height, 70300

Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350

Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu

No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu,

Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-6660010 / 09-6660054

Faks: 09-6627312

Emel: [email protected]

Cawangan Perak

No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya,

30200 Ipoh, Perak.

Tel: 05-5264188 / 05-5263876

Faks: 05-5264319

E-mail: [email protected]

Cawangan Pahang

A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.

Tel: 09-573 3222

Faks: 09-573 3666

E-mail: [email protected]

Cawangan Johor

Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor

Bahru, Johor.

Tel: 07-2259900 / 07-2259911

Faks: 07-2223233

E-mail: [email protected]

Cawangan Kelantan

No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir

Puteh, Kelantan.

Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545

Faks: 09-7885545

E-mail: [email protected]

Cawangan Sarawak

Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan

Tun Abdul Rahman Yaakub,

93050 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-230032 / 082-240032

Faks: 082-230055

E-mail: [email protected]

Cawangan Sabah

Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208

Tuaran, Sabah.

Tel: 088-791610 / 088-791612

Faks: 088-791613

E-mail: [email protected]


Kongsikan Artikel Ini