RM10,000 Bantuan KWSP Diluluskan Untuk Semua Ahli Terjejas

Kongsikan Artikel Ini

PENGELUARAN%2BAKAUN%2B1%2BRM10000
Kerajaan Bersetuju Memperluaskan Pengeluaran Skim i-Sinar

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Join Telegram Rasmi: http://t.me/mingguankerja

Pengeluaran KWSP Akan Memanfaatkan 8 Juta Ahli

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.
Selain itu, Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.

“Justeru setelah berbincang dengan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

Tanpa Mengira Ahli Semua Layak Untuk Melakukan Pengeluaran Dari Akaun Satu

“Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak untuk membuat pengeluaran dari akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.

“Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP.

Pengeluaran Daripada RM9,000 Kepada RM10,000

“Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, kita buka kepada lebih lapan juta ahli, tambahan pula setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000,” katanya dalam sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Hanya Perlu Membawa Dokumen Bahawa Mereka Kehilangan Atau Terjejas Pendapatan

Zafrul menambah ia membabitkan nilai peruntukan sebanyak RM70 bilion.
Justeru, semua ahli yang layak katanya boleh membuat permohonan di KWSP, dan mengemukakan dokumen bahawa mereka kehilangan atau terjejas pendapatan.


Kongsikan Artikel Ini