PKP 3.0: Senarai Bantuan PKP 3.0

Kongsikan Artikel Ini

bantuan%2Bpkp%2B3

telegram%2Bimage

Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri  Bantuan PKP 3.0 sebentar tadi, terdapat beberapa berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Ada beberapa jenis bantuan yang diumumkan yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.


Kami kongsikan kepada anda beberapa jenis bantuan yang diumumkan tadi.


Senarai Bantuan PKP 3.0

Tiga matlamat Pemerkasa Tambahan : Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.


  • RM1 bilion diperuntukan bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam
  • Lanjutan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga 2022
  • Kerajaan lantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak
  • Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dilancarkan minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion
  • Kerajaan setuju lanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja.
  •  Dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.
  • Kadar Geran Khas Prihatin ditambah RM500 ringgit kepada RM1,500 ringgit
  • Pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
  • Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 akan terima BPR sebanyak RM500.
  • BPR bagi kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501- RM5,000 terima BPR sebanyak RM300
  • BPR Bujang terima RM100
  • Moratorium diberi dua pilihan sama ada kelulusan secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan.
  • Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos 1.5 billion ringgit dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan.
  • Pembiayaan
    mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak 1.5 bilion ringgit disediakan bagi
    sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar
    pembiayaan serendah 3%. 
  • BNM akan
    menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas
    sebanyak 2 bilion ringgit. Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar
    pinjaman serendah 3.5% yang masih tersedia adalah sebanyak 7 bilion ringgit.
  •  Lembaga
    Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan
    menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022 serta menyediakan penjadualan
    semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga bersetuju untuk memperkenalkan semula
    pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan
    bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi
    penghantaran lambat dokumen berkanun. SSM juga akan mengecualikan bayaran
    lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS
    mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian. 
  • Kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada
    sektor yang terjejas. Sehubungan itu, pengendali hotel, agensi pengembaraan dan
    pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman
    tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil elektrik
    sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.
  • Kerajaan juga bersetuju memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan
    ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada
    PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi
    pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa. Selain
    itu, pelanjutan sehingga 31 Disember 2021 bagi pengecualian cukai pelancongan dan
    cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih
    berterusan.
  • Semasa pembentangan pakej PENJANA pada Jun 2020, Kerajaan telah
    mengumumkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang
    akan berakhir pada hari ini, 31 Mei. Sukacita diumumkan Kerajaan bersetuju
    melanjutkan pengecualian duti setem HOC tersebut sehingga 31 Disember 2021.
  • Kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan
    penumpang CKD dan CBU import yang sebelum ini diumumkan di bawah inisiatif
    PENJANA mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.


Kongsikan Artikel Ini