Permohonan S3P MARA: Skim Pembiayaan Bagi Perniagaan Prihatin Mikro

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2BS3P%2BMARA%2B%25281%2529

Para usahawan perniagaan mikro yang sedang menghadapi krisis akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan bantuan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P).

S3P adalah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan peternakan.

Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 agar dapat meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.

Oleh dengan itu, usahawan yang terlibat bolehl membuat permohonan kepada pihak MARA bagi skim pembiayaan ini.


S3P

Had Pembiayaan

Had pembiayaan yang telah ditetapkan menerusi S3P MARA ini adalah sehingga RM50,000.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Kemudahan yang telah ditawarkan menerusi S3P MARA ini adalah seperti yang berikut:

  • Modal pusingan
  • Pembelian peralatan
  • Promosi dan pemasaran
  • Belanja mengurus
__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________

Tempoh Maksimum Pembiayaan/Bayaran Balik

Tempoh maksimum bagi pembiayaan atau bayaran balik yang telah ditetapkan adalah sehingga 72 bulan atau 6 tahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada para usahawan yang ingin memohon S3P MARA ini adalah seperti yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera.
  2. Berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun.
  3. Melepasi tapisan Carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Credit (CCRIS).
  4. Berpengalaman/berpengatahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  5. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  6. Perniagaan berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  7. Mempunyai lesen/permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  8. Mempunyai premis perniagaan (kecuali online).
  9. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  10. Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek.
  11. Perniagaan patuh syariah.
  12. Bebas daripada senarai hitam MARA.


Cara Memohon

Untuk membuat permohonan S3P, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari laman web http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pembiayaan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log in dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  7. Setelah selesai, semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai S3P, sila layari laman web www.mara.gov.my atau http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan.

Kongsikan Artikel Ini