Permohonan Online Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 JKM Tahun 2021

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%2BKanak%2BKanak%2BRM1000%2BJKM
Telegram%2BJawatanKosong11%2B%25282%2529
Bermula pada tahun ini, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan.

Jumlah Bantuan Lama
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
  • Jumlah bantuan baharu (2021)
Jumlah Bantuan Baru (2021)
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
Syarat Kelayakan



Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan Online / Manual



LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
  • Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
  • Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti : 
  1. Salinan MyKad pemohon.
  2. Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
  3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  4. Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.

Kongsikan Artikel Ini