Permohonan: Latihan Separa Perubatan Bagi Tahun 2023 (2560 Kekosongan)

Kongsikan Artikel Ini

Hebahan makluman kekosongan Latihan Separa Perubatan sebanyak 2,560 seluruh Malaysia ambilan Tahun 2023. Peluang kerjaya didalam sektor perhidmatan awam (Kementerian Kesihatan) Sesi Januari 2024.

Bagi calon-calon lepasan SPM atau SPM (V), anda boleh memohon jawatan yang dihebahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ini [Latihan Separa Perubatan] yang akan dikelolakan dibawah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Untuk pengetahuan. graduan latihan ini berpeluang untuk ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Jawatan : Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil & Diploma (Sesi Januari 2024)

Kumpulan : Pelaksana (SPM)

Kekosongan : 2,560

diploma jururawat 689x1024 1
Permohonan: Latihan Separa Perubatan Bagi Tahun 2023 (2560 Kekosongan) 8

Sesi Ambilan Latihan Separa Perubatan 2023

Untuk makluman pemohon, sesi ambilan Latihan Separa Perubatan dilakukan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

Baca Juga :

Terdapat 2 jenis latihan yang ditawarkan iaitu :

  • LSP_Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
  • LSP_Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan

Dibawah merupakan syarat kelayakan minimum bagi sesorang untuk memohon latihan yang ditawarkan ini :

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

Kategori Pemohon dan Had Umur

  • Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:
    • i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
  • Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    • i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
  • Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
    • i. Umur tidak melebih 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Dibawah kami sediakan infografik ringkas tentang syarat kelayakan akademik bagi mengikuti latihan ini :

latihan separa perubatan 2023 724x1024 1
Permohonan: Latihan Separa Perubatan Bagi Tahun 2023 (2560 Kekosongan) 9
latihan separa perubatan 2023 1 724x1024 1
Permohonan: Latihan Separa Perubatan Bagi Tahun 2023 (2560 Kekosongan) 10
latihan separa perubatan 2023 2 724x1024 1
Permohonan: Latihan Separa Perubatan Bagi Tahun 2023 (2560 Kekosongan) 11
latihan separa perubatan 2023 3 724x1024 1
Permohonan: Latihan Separa Perubatan Bagi Tahun 2023 (2560 Kekosongan) 12

Untuk perincian yang lebih lanjut, anda boleh layari (https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan?fbclid=IwAR14pkZZ4me7J1TNIPOrGJDFDELrVVtbj0wnO5DoLoanprTj6HafoWGn9es)

Jenis Latihan Separa Perubatan Yang Ditawarkan

Dibawah merupakan rajah yang memaparkan 10 jenis-jenis latihan bertaraf Diploma yang diatawrkan :

*Klik pada jawatan untuk maklumat yang lebih lengkap

BIL.NAMA JAWATAN
1.Latihan Jururawat
2.Latihan Penolong Pegawai Perubatan
3.Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4.Latihan Juru Xray ( Diagnostik/Terapi)
5.Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
6.Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
7.Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
8.Latihan Penolong Pegawai Farmasi
9.Latihan Juruteknologi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)
10.Latihan Juruterapi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Berikut pula merupakan 2 jenis latihan bertaraf Sijil yang ditawarkan :

*Klik pada jawatan untuk maklumat yang lebih lengkap

BILNAMA JAWATAN
1.Latihan Pembantu Kesihatan Awam
2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Senarai Institut Latihan di Malaysia

  • ILKKM Sungai Buloh
  • ILKKM Sultan Azlan Shah
  • ILKKM Johor Bahru
  • ILKKM Kota Kinabalu
  • ILKKM Kuching
  • ILKKM (Kejururawatan) Alor Setar
  • ILKKM (Pembantu Perubatan) Alor Setar
  • ILKKM (Kejururawatan) Batu Pahat
  • ILKKM (Kejururawatan) Bertam
  • ILKKM (Kejururawatan) Kangar
  • ILKKM (Teknologi Makmal Perubatan) Kuala Lumpur
  • ILKKM (Kejururawatan) Kuala Pilah
  • ILKKM (Kejururawatan) Kubang Kerian
  • ILKKM (Pembantu Perubatan) Seremban
  • ILKKM (Kesihatan Awam) Kuching
  • ILKKM (Kejururawatan) Sandakan
  • ILKKM (Kejururawatan) Sibu
  • ILKKM (Kejururawatan) Tawau
  • ILKKM Cawangan Kuantan
  • ILKKM Cawangan Kuala Terengganu
  • Pusat Pergigian Kanak-kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman pemohon, tarikh akhir bagi memohon untuk memasuki latihan ini adalah pada 24 Julai 2023, Jam 11.59 Malam

Cara Mohon Latihan Separa Perubatan Sesi Janurai 2024

Untuk Memohon, sila klik pautan dibawah.

Maklumat Lanjut

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :


Kongsikan Artikel Ini