Pengambilan 18,702 Kekosongan Khas Guru Secara One-Off Tahun 2021

Kongsikan Artikel Ini

guru 18702 kekosongan

telegram%2Bimage

Sebanyak 18,702 kekosongan Pegawai Pendidikan Gred DG41 Secara ‘onfe off’ akan diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan guru di negara ini yang membabitkan mata pelajaran tertentu dan beberapa negeri.

Datuk Dr Radzi Jidin menjelaskan bahawa pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran bermula 7 Julai ini.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini pengambilan khas guru secara one-off bermula 7 Julai 2021.


Proses Pengambilan Guru

Permohonan – Ujian – Temuduga – Penempatan Secara Berperingkat

Iklan Pengambilan Khas Guru

7 Julai 2021

guru%2B6


Penempatan (Secara Berperingkat)

Penempatan bagi pengambilan guru secara “one-off” ini akan diberikan pada Oktober 2021 secara berperingkat-peringkat.

guru%2B7


Pengambilan Guru Secara One-Off 

Cabaran Dunia Pendidikan

Antara cabaran dunia pendidikan kini adalah bekalan guru yang terhad untuk hanya matapelajaran tertentu sahaja.

Selain itu terdapat juga masalah dalam ketidakpadanan opsyen matapelajaran. Contohnya guru untuk matapelajaran tertentu kurang dan terdapat lebihan graduan berpendidikan dalam bidang yang tidak mempunyai kekosongan guru. 





KPM Berjasama dengan JPA dan SPP

KPM akan menjalankan kerjasama dengan JPA dan SPP untuk pendekatan secara menyeluruh seperti:

guru%2B3


Kluster Opsyen Mata Pelajaran

Menurut Kementerian Pendidikan, antara punca bekalan terhad apabila guru dengan opsyen tertentu hanya boleh mengajar mata pelajaran tertentu saja

Justeru itu, guru ini juga boleh mengajar mata pelajaran berbeza atau hampir dengan ruang lingkup sama. Apabila dibuat kajiam lebih mendalam, terdapat keperluan untuk mewujudkan kluster opsyen mata pelajaran

Apa Itu Kluster Opsyen Mata Pelajaran?

Bakal guru yang akan diambil dalam pengambilan khas akan disusun mengikut kelayakan dan kelulusan mereka mengikut kluster tertentu bagi membolehkan ruang atau kelompok tertentu sumber bekalan ini lebih luas

Ia membolehkan pemilihan calon berkelayakan bagi opsyen mata pelajaran yang memerlukan pengisian.

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________

Kepelbagaian kaedah pelantikan

Walaupun pengambilan khas ini akan memberi tumpuan kepada calon yang mempunyai iktisas pendidikan, namun KPM akan melihat pengambilan secara menyeluruh dengan mengambil kira latar belakang pendidikan calon yang bersesuaian dengan kekosngan guru mengikut mata pelajaran.

Jika tiada graduan pendidikan yang boleh memenuhinya, maka kaedah bersesuaian akan diambil dan diteliti oleh SPP.

guru%2B9


Mata Pelajaran dan Negeri Yang Kekurangan Guru Tertinggi

Berikut kami kongsikan kepada anda antara mata pelajaran dan kekurangan guru tertinggi mengikut negeri:

Sekolah rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi
guru%2B2


Kekosongan Guru Tertinggi Mengikut Negeri Tahun 2021

  • Sabah
  • Sarawak
  • Johor 
  • Selangor
guru%2B1


Pendaftaran SPP

Sekiranya anda berminat dan ingin memohon, anda boleh untuk melakukan pendaftaran melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) iaitu badan yang bertanggungjawab untuk pengambilan guru.

Baca Juga: Cara Daftar Permohonan Guru SPP

Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan lanjur anda boleh salurkan kepada Hotline mySPP bermula 7 Julai 2021.

Talian Hotline mySPP :
Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022


Kongsikan Artikel Ini