Daftar MyVAC: Cara Register Untuk Menjadi Sukarela Bukan Kesihatan (Elaun Harian RM50)

Kongsikan Artikel Ini

Cara%2BRegister%2Buntuk%2Bmenjadi%2BSukarela%2BBukan%2BKesihatan


Kepada yang layak, anda boleh daftar MyVac untuk menjadi sukarela/volunteer bukan kesihatan dan layak untuk mendapat elaun harian sebanyak RM50.

Bagaimanakah cara ingin mendaftar dan sertai SUKARELAWAN MYVAC untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin seluruh Negara?

APA ITU MyVAC?

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan salah satu inisiatif yang telah ditubuhkan hasil daripada kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan setiap individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi satu instrumen yang sangat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”.

Maka, MySukarela ditubuhkan bagi menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ianya juga dapat membantu mengisikan keperluan tenaga kerja untuk perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda dan mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami sedang menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.


SEMAKAN KELAYAKAN MyVAC

Program ini terbuka kepada semua orang warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan tubuh badan yang sihat.

Terdapat 2 jenis sukarelawan iaitu Sukarelawan Bukan Kesihatan dan Sukarelawan Kesihatan.

Sukarelawan tersebut boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan atau bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.

SKOP TUGASAN SUKARELAWAN MyVAC

Berikut ialah skop tugasan yang perlu dilaksanakan:

  • Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19
  • Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu.

Anda boleh membuat pilihan ini ketika mendaftar di laman web. Bagaimanapun, untuk sukarelawan bukan kesihatan, bidang tugasan spesifik akan ditentukan oleh penyelia masing-masing di PPV nanti.

BAYARAN ELAUN SUKARELAWAN MyVAC

Bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti berikut:

Bagi Sukarelawan Bukan Kesihatan


Tempoh Operasi PPV (8.00 pagi hingga 5.00 petang) – RM50 untuk setiap sukarelawan yang bertugas melebihi 8 jam waktu operasi PPV

Tempoh operasi PPV (8.00 pagi hingga 10.00 malam) – RM50 untuk setiap sukarelawan yang bertugas melebihi 7 jam waktu operasi PPV seperti berikut

  • Syif A: 8.00 Pagi hingga 3.00 petang
  • Syif B: 2.00 petang hingga 10.00 malam
* Petugas yang bertugas 2 sesi berturut-turut pada hari yang sama layak menuntut elaun RM100 / hari.
Bagi Sukarelawan Kesihatan
RM50 bagi setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV
RM25 bagi setiap sukarelawan yang bertugas selama 1 sesi selama 6 jam.

Kad pengenalan diri dan vest juga akan diberikan kepada setiap sukarelawan yangvakan bertugas.

SIJIL SUKARELAWAN MyVAC

Di akhir program PICK, sijil untuk bagi setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.

JANGKA MASA BERTUGAS MyVAC

Jangka masa bertugas bagi setiap sukarelawan terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:

  • Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;
  • Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.

Sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas meraka. Setiap syif hanya bertugas adalah tempoh selama 6 jam.

Pemilihan boleh dilakukan semasa brada di dalam laman web setelah berjaya dipilih menjadi sukarelawan.

Sukarelawan hanya perlu bertugas sekurang kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.

Setiap sukarelawan boleh memilih kawasan bertugas mereka, tetapi ia bergantung kepada kekosongan di lokasi tersebut.

CARA DAFTAR SUKARELAWAN MyVAC

Berikut adalah proses daftar sukarelawan MyVac:

  1. Mendaftar minat anda untuk di www.myvac.com.my
  2. Mengesahkan pendaftaran anda melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja).
  3. Seterusnya, anda perlu menghadiri satu latihan secara maya dan lulus. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).
  4. Lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat dan memuat naikan gambar profil anda.
  5. Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.
  6. Kemudian anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.
  7. Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa dan lokasi akan diketahui serta-merta.
  8. Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri, anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil anda
  9. Hadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh tugas bermula (atau seperti dipersetujui oleh penyelia PPV).

SURAT SOKONGAN PELEPASAN MyVAC

Surat sokongan pelepasan hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Anda juga boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat dengan anda setelah anda disahkan berjaya menjadi seorang sukarelawan MyVac.

Namun dengan itu, pelepasan daripada tempat kerja/belajar adalah dimuktamadkan oleh majikan/institusi pengajian masing-masing.

SOALAN LAZIM MyVAC

Adakah Sukarelawan MyVac dapat keistimewaan giliran vaksin lebih awal?

Tidak. Suntikan vaksin akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan.

Bila tarikh tutup daftar MyVac?

Buat waktu ini, tiada tarikh tutup yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac. Anda boleh mendaftar melalui link www.myvac.com.my.

Bagaimanapun, kekosongan untuk menjadi sukarelawan berikut bergantung kepada keperluan di PPV.

Sekiranya bilangan sukarelawan di setiap PPV mencukupi, anda akan diletakkan di dalam senarai simpanan dan akan dimaklumkan kelak sekiranya ada kekosongan.

Siapakah yang boleh menjadi saksi untuk semua borang pengesahan MyVac?

i) Deklarasi Kesihatan – Disahkan oleh sukarelawan itu sendiri.

ii) Borang Penepian Liabiliti – Disaksikan oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas.

iii) Borang Akta Rahsia – Disaksikan oleh pegawai penjawat awam (Gred 41 dan ke atas) dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau Kementerian Belia dan Sukan. Anda boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Belia dan Sukan/ Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan anda).

Adakah saya perlu menghadiri latihan MyVac?

Latihan sukarelawan akan diberikan secara maya.

Kesemua sukarelawan mestilah menghabiskan kesemua modul yang telah diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul.

Adakah saya perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan sebelum menjadi Sukarelawan MyVac?

Tidak, Sukarelawan hanya perlu melakukan pengesahan deklarasi kesihatan di dalam laman web.

Boleh ke pilih kawasan untuk berkhidmat sukarelawan MyVac?

Anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

MySukarela Hotline

Waktu Operasi : 9am – 6pmEmail : [email protected]

Whatsapp (Message Only) : (+60) 17-303 9042


Kongsikan Artikel Ini