Pegawai Polis Langgar Zaharif Akan Didakwa Hari Ini Atas Tuduhan Membunuh

Kongsikan Artikel Ini

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar sekolah menengah, Zaharif berusia 17 tahun yang maut akibat dilanggar oleh seorang pegawai polis.

Disebabkan itu, pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh kelmarin akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Kes Pegawai Polis Langgar Zaharif
Pegawai Polis Langgar Zaharif Akan Didakwa Hari Ini Atas Tuduhan Membunuh 5

Pendakwaan Kes Pegawai Polis Di Mahkamah

Pejabat Peguam Negara melalui kenyataan berkata, pihaknya mendapati terhadap keterangan mencukupi untuk mendakwa suspek yang berusia 44 tahun itu atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes Pegawai Polis Langgar Zaharif
Pejabat Peguam Negara melalui kenyataan berkata, pihaknya mendapati terhadap keterangan mencukupi untuk mendakwa suspek yang berusia 44 tahun itu atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

“Jabatan Peguam Negara merujuk kes kemalangan jalan raya berlaku Khamis lalu berhampiran SMK Jati antara sebuah kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dengan sebuah motosikal yang menyebabkan kematian (penunggang) pelajar berusia 17 tahun.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap saspek,” katanya.

Baca Juga :

Kronologi Ringkas Kes Pegawai Polis Langgar Zaharif

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Pada hari sama, pegawai kanan polis yang bertugas di Kedah ditahan selepas terbabit dalam kejadian itu, dengan hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematiannya adalah kecederaan pada bahagian dada dan perut akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Yahaya Hassan berkata pegawai polis itu direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sumber : Berita Harian


Kongsikan Artikel Ini