KWSP Akaun 3 : Cara Pemindahan / Pengeluaran Akaun Fleksibel

Kongsikan Artikel Ini

Berita baik buat semua ahli pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana permohonan pemindahan dibuka hari ini!

Seperti yang kita tahu, Akaun 3 ini adalah akaun baru yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan dan bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

Artikel berkaitan : Akaun 3 KWSP : Info Penting Yang Perlu Anda Tahu

Menerusi laporan KWSP, pencarum perlu mengetahui cara-cara sebelum lakukan pemindahan dari akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Flexible).

Tapi, semua kena ingat yang pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan.

Akaun 3 KWSP
KWSP Akaun 3 : Cara Pemindahan / Pengeluaran Akaun Fleksibel 6
Akaun 3 KWSP
KWSP Akaun 3 : Cara Pemindahan / Pengeluaran Akaun Fleksibel 7

Cara-Cara Pemindahan Akaun 3 KWSP

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pemindahan akaun 3;

  1. Login i-Akaun.
  2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
  7. Klik Teruskan.
  8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  9. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  10. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).

Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.

kwsp 9 1000x522 1
KWSP Akaun 3 : Cara Pemindahan / Pengeluaran Akaun Fleksibel 8

Pilihan pindahan amaun ini boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Apa-apa pun ahli pencarum kena ingat, tarikh akhir untuk lakukan pemindahan ini pada 31 Ogos 2024 tau!

Sumber : eCentral

Mungkin anda berminat :


Kongsikan Artikel Ini