i-Sinar Tanpa Syarat: Permohonan i-Sinar Lulus Automatik ~ Semak Status Tarikh Bayaran Bermula 8 Mac 2021

Kongsikan Artikel Ini

i%2Bsinar%2Blulus%2Bautomatik%2B2


Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
Berita baik untuk semua pemohon i-Sinar KWSP, melalui  pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada berkongsi maklumat terkini tentang status kelulusan i-Sinar KWSP.


Kami kongsikan maklumat terperinci terkini kepada anda semua.





Kelulusan i-Sinar Dipermudahkan Oleh KWSP

  • Menurut KWSP, bagi ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021.
  • Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.
  • Pemansuhan kriteria i-Sinar sebelum ini bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Dan Jadual Pembayaran Maksimum Selama 6 Bulan Akan Kekal

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam temboh enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.


Bila Tarikh Sesuai Untuk Membuat Permohonan i-Sinar Semula?

KWSP menasihatkan agar ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

Hal ini bertujuan untuk memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Kenyataan Rasmi, Situasi Dan Status Permohonan i-Sinar KWSP

i%2Bsinar%2Bdipermudahkan

i%2Bsinar%2Bdipermudahkan%2B2

i%2Bsinar%2Bdipermudahkan%2B3


Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848. Untuk pertanyaan umu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.


Kongsikan Artikel Ini