i-Sinar KWSP: Semak Status Lulus & Tarikh Pembayaran i-Sinar Kategori 2 ~ Wajib Anda Tahu

Kongsikan Artikel Ini

tarikh%2Bpembayaran%2Bkategori%2B2%2B%25283%2529

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Bermula semalam, 8 Februari 2021, para pemohon i-Sinar KWSP Kategori 2 boleh untuk membuat semakan status kelulusan permohonan mereka. Pastinya berita ini akan mengembirakan segelintir pemohon yang sudah lama menantikan pengumuman ini.


Walaupun terdapat sedikit masalah sehingga menyebabkan web KWSP tergendala buat sementara waktu, namun begitu anda boleh sudah untuk membuat semakan statu permohonan. Hal ini berlaku disebabkan trafik yang tinggi daripada para pemohon yang ingin membuat semakan status permohonan mereka.





Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang semakan i-Sinar Kategori 2.

Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Kategori 2 Melalui Portal i-Sinar

1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Skrol ke bawah dan tekan butang Semak Status

3. Isi maklumat yang dipaparkan

4. Kemudian, status kelulusan anda akan dipaparkan

sinar%2Bkwsp


Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan.

1. Buka apps i-Akaun  di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.

3. Semak bahagian Permohonan Pengeluaran di Inbox

4. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

sinar%2Bkategori%2B2


Tarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2

Menurut maklumat yang dikongsikan di media sosial hasil perbualan bersama dengan Elya KWSP, dijangkakan pembayaran i-Sinar kategori 2 akan dibuat secara berperingkat bermula 25 Februari 2021 ini. 

tarikh%2Bbayaran%2Bi sinar%2Bkategori%2B2


1. Status permohonan i-Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada ahli dalam dua ke tiga minggu selepas permohonan dibuat.

2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya.

3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan.

4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct kredit) ke dalam akaun anda.


Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my

Sumber: harianpost.my


Kongsikan Artikel Ini