Tahukah anda Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2?
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.
Sebanyak RM1,000 akan dibayar secara interim kepada pemohon-pemohon kategori 2.
Berikut kami kongsikan maklumat lanjut berkaitan i-Sinar Kategori 2:
Tarikh Bayaran Interim Kategori 2
Bayaran Interim i-Sinar Kategori 2 akan bermula 26 Januari 2021
Apa Itu Pembayaran Interim?
Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.
Anda juga perlu faham bahawa pembayaran interim sehingga RM1,000 ini akan ditolak daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang akan dimohon nanti.
Contoh Situasi Pembayaran Interim i-Sinar Kategori 2
Contoh Pengeluaran Pembayaran RM10,000 i-Sinar Kategori 2
Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan
- Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.
Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.
Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama dengan rakan-rakan anda.