Cara Mudah Semak Saman PDRM dan Saman JPJ Melalui SMS

Kongsikan Artikel Ini

semak%2Bsaman%2Btrafik


Anda ingin menyemak saman kereta anda? Tidak Tahu kereta anda ada saman ataupun tidak? Mempunyai baki saman tertunggak? Risau dengan kereta anda? Ingin Semak Saman tapi tidak tahu bagaimanakah caranya? 



Kami di mingguankerja kongsikan kepada anda cara mudah untuk menyemak saman PDRM dan saman JPJ dengan menggunakan sms.

Cara Semak Saman PDRM melalui SMS

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] pada telefon dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728
Contoh : – POLIS SAMAN 960521215432 atau  POLIS SAMAN SYA1810

Sekiranya anda menginginkan jawapan yang lebih terperinci berkaitan dnegan saman anda, anda boleh untuk menaip mesej seperti berikut:

semak saman pdrm

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan]<jarak>EMAIL pada telefon dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728

Contohnya: POLIS SAMAN 960521215432 [email protected]

Perincian berkaitan dengan saman kereta anda akan dihantar terus ke email anda.

Semak Saman JPJ melalui SMS 

  • JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] pada telefon dan hantarkan SMS ke 15888

Contoh : – JPJ SAMAN 960521215432  atau  JPJ SAMAN SYA1810

semak saman jpj
Semoga perkongsian ini akan membantu anda menyelesaikan dan menyemak saman anda yang tertunggak. Jangan lupa untuk share artikel ini sekiranya bermanfaat untuk anda dan orang lain!

Kongsikan Artikel Ini