i-Citra KWSP: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 Bermula 12 Julai 2021

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2BiCitra%2BKWSP%2BRM5000


telegram%2Bimage

Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini masih belum berakhir.

Meskipun pelbagai pakej bantuan telah diumumkan, negara masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan kes Covid-19. Bilakah ia akan berakhir? 

KWSP juga memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu maksimum RM5,000 iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, pencarum dapat mengeluarkan amaun maksimum sehingga RM5,000 iaitu RM1,000 selama lima bulan bermula Ogos 2021.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan PEMULIH ini.

Baca Juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online ~ Semakan Baki Akaun 1 & 2


Syarat Kelayakan i-Citra

Menerusi permohonan baharu i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit. Kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Berikut merupakan syarat i-Citra:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  • Memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

_________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________

Cara Mohon Dan Tarikh Permohonan

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021 Jam 12:01am. Maklumat lanjut mengenainya akan kami kemaskini melalui portal Telegram: http://t.me/pakejbantuankerajaan

i citra%2B%25281%2529

Cara Semak Baki Bayaran


Ahli KWSP boleh melakukan semakan simpanan melalui:

1. Laman web i-Akaun/ Aplikasi i-Akaun. Sila Rujuk: Cara Daftar i-Akaun Secara Online: Semakan Baki Akaun 1 & Akaun 2 

2. Kiosk KWSP (termasuk kiosk KWSP di premis pihak ketiga) – Sila Rujuk: Cara Semakan & Daftar i-Akaun melalui kiosk KWSP

3. Pendaftaran i-Akaun melalui telefon. Sila Rujuk: Cara Daftar i-Akaun Secara Online: Semakan Baki Akaun 1 & Akaun 2


Bulan Pembayaran

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021, bermula dengan RM1,000 sehingga Disember 2021 untuk melengkapkan jumlah amaun pengeluaran RM5,000.


Kongsikan Artikel Ini