Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP ~ Wajib Anda Tahu



Tahukah anda permohonan i-Sinar akan dibuka pada 21 Disember ini? Oleh itu bagi anda yang ingin melakukan permohonan anda perlu untuk melayari portal rasmi i-sinar di  https://isinar.kwsp.gov.my/.

Bagi ahli KWSP, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran i-akaun bagi mempermudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP anda.

Kami di Mingguankerja akan kongsikan kepada anda kemudahan yang ditawarkan KWSP, cara mendaftar i-akaun melalui KWSP dan cara semakan lokasi kiosk KWSP berdekatan dengan tempat anda. 


KEMUDAHAN i-AKAUN KWSP 

Kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman
  • Transaksi caruman KWSP terkini

Kami kongsikan juga kepada anda cara untuk mendaftar i-akaun menggunakan KIOSK KWSP atau Bank. 

CARA MENDAFTAR I-AKAUN MELALUI KIOSK KWSP

Berikut merupakan cara untuk mendaftar:

  • Pertama sekali, masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, imbas cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon pendaftar oleh pihak KWSP.
  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan imbas cap jari sekali lagi.
  • Pilih "Semak Penyata" dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2 dan baki keseluruhan.
  • Sila muat turun aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda melalui Play Store bagi Android atau App Store bagi pengguna Ios untuk mempermudahkan urusan semakan anda. 
  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi daripada kiosk.
  • Sila masukkan nombor ID dan kata laluan baru untuk memudahkan anda.
  • Pendaftar i-Akaun berjaya.


Cara Semakan Lokasi Kiosk KWSP Berdekatan Anda

Bagi anda yang tidak mengetahui lokasi kiosk KWSP di kawasan daerah anda, berikut kami kongsikan cara semakan lokasi KWSP berdekatan kawasan anda: 
  • Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/
  • Tekan bahagian "Hubungi Kami / Reach Us" dan klik di paparan "Pejabat dan Kios / Offices and Kiosks"
  • Pilih negeri mana yang anda sedang duduki, pilih "Pihak Ketiga Kios" di bahagian Jenis dan Klik Carian.
  • Senarai kiosk yang anda cari terpapar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

Post a Comment

0 Comments