Harga Pelitup Muka Akan Naik? Denda RM100K Untuk Individu Gagal Patuh Arahan Bermula 4 Julai?

Kongsikan Artikel Ini

Betulkah harga pelitup muka akan naik? Wujud kebimbangan bahawa harga pelitup muka akan naik dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini berlaku selepas arahan kerajaan supaya pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mendapatkan perakuan dan penandaan MS SIRIM bermula 4 Julai depan.


Betulkah harga pelitup muka akan naik? Wujud kebimbangan bahawa harga pelitup muka akan naik dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini berlaku selepas arahan kerajaan supaya pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mendapatkan perakuan dan penandaan MS SIRIM bermula 4 Julai depan.



Menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau berkata kos untuk mendapatkan perakuan SIRIm ini sudah tentu akan menelan kos yang tinggi sekaligus akan dijadikan alasan oleh pembekal untuk menaikkan harga.


“Dua hari lepas, arahan supaya pelitup muka perlukan perakuan SIRIM tular. Saya difahamkan arahan ini terpakai kepada mana-mana orang yang membekalkan pelitup muka dan ia bermaksud pembekal kena lalui proses ini.
“Adakah selepas ini kerajaan berniat untuk menetapkan harga siling pelitup muka? Sekarang hanya ada harga siling 70 sen untuk pelitup muka tiga lapisan.

“Kos untuk mendapatkan perakuan SIRIM ini pasti akan menjadi satu alasan untuk pembekal menaikkan harga ‘face mask’ di pasaran. Kerajaan perlu berhati-hati dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau juga mempersoalkan kenapa kerajaan sekarang mahu meletakkan syarat baharu tersebut.

Jika Gagal Patuhi Denda Akan Dikenakan

Syarikat
Untuk syarikat denda tidak melebihi RM200,000. 
Jika berlaku kesalahan kali ke-2/ berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000.
Individu
Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kali ke 2/ berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum 5 Tahun atau kedua-duannya sekali.
Beliau juga menyatakan kerisauan bahawa lambakan pelitup muka sekarang (yang tidak ada cop SIRIM) akan berterusan sehingga ke hujung tahun.

“Adakah selama ini kerajaan tidak memantau kualiti pelitup muka yang dijual di pasaran dari tahun 2020-2022?” Jelasnya lagi. 


Kongsikan Artikel Ini