Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia

Kongsikan Artikel Ini

Senarai ATM Tukar Duit Raya Maybank, CIMB, Bank Islam & Affin Bank (2024)

Malas nak beratur panjang semata-mata nak tukar duit raya? Kini anda hanya perlu ke mesin ATM untuk menukar duit raya bernilai RM10 dan RM50.

Mudah dan cepat!

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM 2024

Tahukah anda, bagi tahun 2023 ini, terdapat beberapa pilihan mesin ATM yang menyediakan perkhidmatan tukar duit raya.

Antara ATM yang menyediakan perkhidmatan ini adalah Maybank, Ambank dan Affin Bank.

Berikut kami kongsikan cara membuat penukaran duit raya dan senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan ini.

i) ATM Maybank

Ikuti perkongsian Mohd Shukur di Facebook.

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.

Duit Raya
Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 15

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

Duit Raya
Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 16

3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.

Duit Raya
Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 17

    Artikel Trending :

    4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan.

      Senarai Lokasi Mesin ATM Maybank Raya

      Not kertas yang disediakan : RM10

      Berikut senarai ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya di mesin ATM bagi tahun 2024.

      Menurut notis yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Maybank, penukaran not baharu ini boleh dibuat di mesin ATM berikut mulai 1 April 2024 hingga 9 April 2024:

      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 18
      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 19

      Sumber : https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2024/april/atm-raya-banknotes.page?

      ii) CIMB ATM Duit Raya RM10

      Sempena sambutan Hari Raya yang hampir tiba, sukacita diumumkan bahawa wang kertas RM10 kini tersedia untuk pengeluaran di ATM CIMB tertentu di seluruh Malaysia.

      Sila rujuk senarai ATM duit raya CIMB di bawah:

      Senarai Lokasi Mesin ATM CIMB Raya

      Not kertas yang disediakan : RM10

      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 20

      Mengikut notis di laman web rasmi CIMB, penukaran wang kertas baharu RM10 ini hanya tersedia di 9 lokasi ATM terpiilih. Tempoh pengeluaran ini tersedia mulai 4 April sehingga 10 April 2024.

      Maklumat lanjut: https://www.cimb.com.my/en/personal/important-notices/2024/hari-raya-new-notes-2024-branch-listing.html

      iii) Affin Bank

      Terdapat sejumlah 230 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai ATM Raya yang bernilai RM10 dan RM50.

      Sila rujuk senarai ATM Affin Bank di bawah:

      Senarai Lokasi Mesin ATM Affin Raya

      Tarikh : Sehingga kehabisan stok

      Not kertas yang disediakan : RM10 & RM50

      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 21
      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 22
      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 23
      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 24
      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 25

      Untuk maklumat lanjut, sila rujuk notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Affin Bank melalui laman web mereka: https://www.affinalways.com/en/announcements/Get%20Your%20’Duit%20Raya’%20Notes%20at%20AFFIN%20ATMs%2FCRMs?v=Y2F0PTQmcmVjPTQ1MQ==

      iv) Bank Islam

      Sementara itu, bagi pelanggan Bank Islam, anda boleh tukar duit raya anda di 10 ATM Bank Islam terpilih ini mulai 27 Mac, sementara stok masih ada:

      • Kuala Lumpur – Cawangan Menara Bank Islam
      • Selangor – Cawangan Seksyen 18, Shah Alam
      • Negeri Sembilan – Cawangan Nilai
      • Melaka – Cawangan Ayer Keroh
      • Johor – Cawangan Johor Bahru
      • Perak – Cawangan Meru Raya
      • Pahang – Cawangan Putra Square
      • Perlis – Canwangan Kangar
      • Sabah – Cawangan Alamesra
      • Pulau Pinang – Cawangan Butterworth
      Duit Raya
      Duit Raya 2024 : Senarai Perkhidmatan ATM Yang Tersedia 26

      Sumber: https://www.bankislam.com/wp-content/uploads/BI-Notice-RayaATM2024.pdf

      Jom Tukar Duit Raya!

      Semoga senarai ini dapat membantu anda semua untuk mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk membuat penukaran wang kertas.

      Jom kongsikan dengan rakan-rakan yang lain!

      Mungkin anda berminat :


      Kongsikan Artikel Ini