KWSP : Caruman Tambahan RM500 (Akaun 1) Untuk 1.4 Juta Ahli

Kongsikan Artikel Ini

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan RM500 Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55. Insentif ini diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

Caruman Tambahan RM500 KWSP
KWSP : Caruman Tambahan RM500 (Akaun 1) Untuk 1.4 Juta Ahli 7

Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

Caruman Tambahan RM500 KWSP
KWSP : Caruman Tambahan RM500 (Akaun 1) Untuk 1.4 Juta Ahli 8
Caruman Tambahan RM500 KWSP
KWSP : Caruman Tambahan RM500 (Akaun 1) Untuk 1.4 Juta Ahli 9

Dalam pembentangan Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan mengumumkan akan memberi caruman tambahan sebanyak RM500 ke dalam simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Artikel berkaitan : MyLesen 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Menurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.

“Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

Caruman Tambahan RM500 KWSP
KWSP : Caruman Tambahan RM500 (Akaun 1) Untuk 1.4 Juta Ahli 10

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.

Cara Semak Caruman Tambahan RM500 & Penyata di i-Akaun KWSP

Untuk membuat semakan pengkreditan wang caruman tambahan RM500 ini, anda boleh login ke i-Akaun.

Sila rujuk langkah di bawah:

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan:

  1. Log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
  2. Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
  3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
  4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan RM500 Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Rujukan: https://www.kwsp.gov.my/

Artikel Trending :


Kongsikan Artikel Ini