Cara Semakan & Kemaskini Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0

Kongsikan Artikel Ini

Geran%2BKhas%2BPrihatin%2BGKP%2BCara%2BSemakan%2Bdan%2BKemaskini
Kami kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menyemak status permohonan Geran Khas prihatin GKP 2.0 secara atas talian.

Join Telegram Rasmi: http://t.me/mingguankerja

Sekiranya anda sudah membuat permohonan Geran Khas Prihatin GKP 2.0 dan anda ingin mengetahui status adakah anda lulus atau pun tidak? Berikut kami kongsikan kepada anda cara semakan & kemaskini Geran Khas Prihatin 2.0.



kemaskini gkp 2.0

Cara Kemaskini Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 

  • Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  • Sila Log Masuk
  • Klik KEMASKINI GKP
  • Anda kini berada di bahagian MAKLUMAT ENTITI PERNIAGAAN
  • Sila semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan
  • Teruskan dengan kemaskini Maklumat Diri, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan dengan betul.
  • Selepas selesai, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  • Sila buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar
  • Tekan butang Sahkan Captcha
  • Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  • Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  • Klik butang Hantar
  • Mesej makluman penghantaran borang permohonan berjaya akan dipaparkan

Geran Khas Prihatin GKP 2.0

Semakan Permohonan GKP 2.0 
  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Selepas Log Masuk, anda akan nampak paparan Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan
  3. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda
  • Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
  • Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini.
  • Jika Lulus, ini bermaksud anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Tarikh duit GKP masuk anda dimaklumkan kemudian.
  • Jika Tidak Lulus, ini bermakna anda tidak layak menerimba bantuan GKP.

Soalan Wajib Yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Geran Khas Prihatin 2.0 

Saya berdaftar dengan SMM tetapi tidak dengan LHDNM, bolehkah saya memohon?

Ya anda layak memohon GKP 2.0.


Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?
Sama seperti sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.


Bilakah saya boleh menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin?
Bermula 15 November 2020.


Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?
Pembayaran akan dibuat bermula 25 November 2020.


Permohonan Baru GKP 2.0

Permohonan baru telah dibuka pada 1-31 Oktober 2020.

Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.


Sebelum ini sebanyak 642,976 permohonan Geran Khas Prihatin diterima sejak dibuka awal Mei lalu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 488,857 (76 peratus) permohonan telah diluluskan manakala 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi.

Keputusan GKP 2.0

Pemohonan boleh membuat semakan status permohonan mulai 15 November di portal yang sama.

Tarikh Pembayaran GKP 2.0

Daripada informasi yang kami terima, pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000. Pembayaran ini akan dibuat secara terus ke akaun yang telah anda daftarkan semasa proses permohonan dibuat. Anda perlu tahu, akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.

Rujukan: Aurajutawan.com

Kongsikan Artikel Ini