BPR Fasa 2: Semakan Jumlah Bayaran & Tarikh Wang Dibayar

Kongsikan Artikel Ini

image

image

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 telah pun selesai. Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 dan 3, berapa pula bayaran yang bakal diterima? Artikel mingguankerja kali ini akan berkongsi berkenaan cara semakan baki bagi bayaran BPR Fasa 2 dan 3.

SEMAKAN BAKI BAYARAN BPR


Bagi yang lulus permohonan, bayaran BPR dijangka akan dibuat dalam 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Februari 2021
  • Fasa 2 – Mei 2021
  • Fasa 3 – September 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan yakni:

BUJANG BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500

> 21 tahun ke atas RM350

ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500

> 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
> 2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)

ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM2,001 – RM4,000

> 1 orang anak RM800 (Baki RM500)
> 2 orang anak atau lebih RM1,200 (Baki RM900)


ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM4,001 – RM5,000

> 1 orang anak RM500 (Baki RM200)
> 2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)
..Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata.

SOALAN LAZIM

Bila duit BPR dikreditkan ke akaun bank?

> Dijangka awal bulan Mei 2021, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.


Kongsikan Artikel Ini