BPN 2.0 Fasa 2: Semakan Status, Jumlah dan Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Januari 2021

Kongsikan Artikel Ini

BPN%2B2


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menjelaskan bahawa pembayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0) akan dilaksanakan bulan Januari ini. 



Menurut beliau, bayaran ini akan dibuat bersama dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus. 

Maklumat tambahan bagi anda. pada 15 November 2020 yang lalu merupakan tarikh tamat tempoh permohonan baharu beserta dengan rayuan BPN 2.0.

Bagi anda penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai sebarang akaun bank, anda boleh menunaikan BPN anda di Cawangan Bank Simpanan Nasional bermula 26 Oktober 2020 yang lalu sehinggalah ke hari ini.
 
Kami di MingguanKerja tertarik untuk berkongsi kepada anda cara semakan dan maklumat terkini BPN 2.0 fasa kedua.

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua
Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.
semakan bpn baru
Berikut merupakan langkah untuk membuat semakan:
  1. Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
  2. Kemudian, Masukkan nombor IC anda
  3. Seterusnya, Isi kod captcha yang diminta
  4. Akhir sekali, Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima adalah berdasarkan kategori dan jumlah pendapatan seperti dalam jadual di bawah berikut:
bpn 2 0 tambahan

Permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibayar secara sekaligus.

Pembayaran adalah berdasarkan kaedah pembayaran terakhir sebelum ini.

bpn%2B22
Bagi anda yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh untuk membuat tuntutan tunai di cawangan BSN berhampiran tempat tinggal anda.
tuntutan%2Bbyaran
Tarikh Bayaran BPN Fasa 2
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat bermula 26 Oktober secara berperingkat.
bayaran%2Bbpn%2B2.0
Pembayaran fasa kedua dijangka pada penghujung Januari 2021 selepas pembayaran pengeluaran i-Sinar.

Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:
Kementerian Kewangan Malaysia:
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
LHDNM
1-800 882 747 / 03-8911 1000

Untuk sebarang rujukan bagi soalan lazim BPN 2.0 anda bolehlah layari  Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda dan keluarga. 

Kongsikan Artikel Ini