Belanjawan 2021: Bantuan Prihatin Rakyat Diperkenalkan RM800 – RM1,800 ~ Bujang Terima RM350

Kongsikan Artikel Ini

Belanjawan%2B2021%2BBantuan%2BPrihatin%2BRakyat%2BRM1%252C200%2Bdan%2BRM1%252C800


Kuala Lumpur: Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.

BANTUAN RM1,200 RINGGIT

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 ringgit.

BANTUAN RM1,800 RINGGIT


“Sementara isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.


BANTUAN RM800 RINGGIT

“Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan,”


BANTUAN RM1,200 RINGGIT



“manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

BANTUAN RM500 & RM750

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000.

Beliau berkata, kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.


BANTUAN BUJANG RM350

Katanya, bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.

“Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

“Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH,” katanya.



Kongsikan Artikel Ini

1 thought on “Belanjawan 2021: Bantuan Prihatin Rakyat Diperkenalkan RM800 – RM1,800 ~ Bujang Terima RM350”

  1. salam.. nak pencerahan tentang kategori yg mna utk seorang ibu (wargs emas) yg tinggal dgn seorang anak lelaki (bujang)· berapa rm yg sepatutnya si ibu layak dapat? meraka berpendapatan bawah rm2500 (b40) !

Comments are closed.