Bayaran RM500 Bantuan Khas Aidilfitri Sabah

Kongsikan Artikel Ini

bantuan%2Brm500%2Bsabah

telegram%2Bimage


Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam di Negeri Sabah.


Pemberian bantuan ini adalah bertujuan untuk menghargai khidmat bakti dan pengorbanan semua penjawat awam negeri dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat terutamanya semasa menghadapi pandemik COVID-19 di negeri Sabah.


SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI YANG LAYAK

Bantuan khas kewangan ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah termasuk penjawat di Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.

JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DITERIMA

RM500.00

TARIKH PENGKREDITAN

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan dikreditkan sekali dengan pembayaran gaji pada 7 Mei 2021.


Bantuan%2BKhas%2BKewangan%2BAidilfitri%2BSabah



Kongsikan Artikel Ini