Bantuan Khas Raya RM1,000 Untuk Penjawat Awam & Ketua Kampung

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Khas Raya – Kerajaan negeri telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat julung kalinya mengumumkan bantuan sama kepada 995 ketua kampung di negeri ini.

Artikel berkaitan : Bantuan Perayaan Khas RM500 Untuk Pekerja

Bantuan Khas Raya RM1,000 Penjawat Awam & Ketua Kampung

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata selain penjawat awam negeri dan ketua kampung, bantuan itu akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.

Bantuan Khas Raya RM1000
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad – Kredit : SuaraTV

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas raya ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” katanya ketika berucap kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini malam ini.

Saarani berkata, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

Sebagai rekod, tahun lalu kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Bantuan khas raya RM1000
Bantuan Khas Raya RM1,000 Untuk Penjawat Awam & Ketua Kampung 5

Sumber : Bernama

Artikel Trending :


Kongsikan Artikel Ini