RASMI : Bantuan Khas Kewangan Sabah RM1000 Akan Dibayar Bulan Ini

Kongsikan Artikel Ini

Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju untuk membuat pembayaran Bantuan Khas Kewangan pada bulan ini kepada semua penjawat awam termasuk pekerja bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai untuk penjawat awam yang bakal dilaksanakan bulan ini.

Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam Negeri Sabah

Pihak Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan sebuah bantuan tunai iaitu dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK). Pemberian bantuan tunai ini telah dipersetujui bersama semasa pembentangan Belanjawan 2024 Sabah yang lalu.

Bantuan Khas Kewangan Sabah 2024
RASMI : Bantuan Khas Kewangan Sabah RM1000 Akan Dibayar Bulan Ini 5

Kadar bayaran bantuan tunai ini adalah sebanyak RM1,000 dan akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara dan tetap.

Menurut Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pemberian Bantuan Khas Kewangan ini selaras dengan langkah Kerajaan Persekutuan yang memberi dengan kadar sama kepada pejawat awam Persekutuan di bawah Belanjawan 2024.

Kadar Bayaran Bantuan Khas Kewangan Sabah

Kadar bayaran bantuan tunai ini adalah sebanyak RM2,000 dan akan dibayar secara berperingkat iaitu melalui dua fasa (Januari & April 2024)

Bantuan Khas Kewangan Sabah 2024
RASMI : Bantuan Khas Kewangan Sabah RM1000 Akan Dibayar Bulan Ini 6

Tarikh Pembayaran BKK Sabah

Bantuan tunai ini akan dibayar secara berperingkat di mana melalui dua fasa iaitu RM1,000 pada Januari 2024 dan RM1,000 lagi menjelang Aidilfitri 2024.

Cara pembayaran pula akan dilaksanakan secara kredit terus ke dalam akaun penerima yang tersenarai sebagai penerima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci, anda boleh layari laman web rasmi Kerajaan Negeri Sabah di https://sabah.gov.my/ atau memuat turun dokumen Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2024 di bawah;


Kongsikan Artikel Ini