Bantuan JKM Akan Dinaikkan ke RM1000, Lihat Senarai Bantuan dan Cara Permohonan

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%2BRM1000%2BJKM%2B2020


Tahukah anda bantuan JKM akan dinaikkan dari RM300 ke RM 1,000?

Ada khabar angin yang menyatakan perkara ini boleh terjadi disebabkan pengumuman Perdana Menteri tempoh hari yang akan membincangkan isu ini pada mesyuarat jemaah menteri.

Tahukah anda buat masa sekarang, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara RM200 sehingga 300 Seorang.

Berikut kami kongsikan kepada anda senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuklah bantuan yang akan dibayar secara bulanan: 
  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM 100 Seorang
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM 400
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM 250
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) – RM 350
  5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM 350
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM 100 Seorang
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM 350
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM 200
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP) – RM 2,700 (Sekaligus)
  10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS) – Maksimum RM 20,000
Cara Membuat Permohonan




Cara untuk membuat permohonanan  iaitu secara online (atas talian) . Seterusnya secara manual, anda perlu  pergi ke mana-mana cawangan JKM yang berdekatan dalam tempoh 14 hari dari permohonan online yang dilakukan. 

Sekiranya anda gagal menghadirkan diri selepas membuat permohonan atas talian, sistem akan membatalkan permohonan anda secara automatik. 

1. Secara Online (Atas Talian)
  • Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat disini : Ebantuanjkm.jkm.gov.my 
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi. 
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’
2. Manual

Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah pohon secara online.

Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online yang telah dilakukan di atas.
Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu muat turun di bawah :

Pemohon atau wakil perlu datang bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Salah satu bil utiliti (air/ elektrik/ astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kerajaan atau swasta.
  • Mana-mana dokumen lain yang dirasa perlu dibawa selain dokumen di atas.
Semoga perkongsian informasi ini akan membantu anda untuk membuat proses permohonan Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarat Malaysia. 

Kongsikan Artikel Ini

1 thought on “Bantuan JKM Akan Dinaikkan ke RM1000, Lihat Senarai Bantuan dan Cara Permohonan”

Comments are closed.