Cara Kemaskini Nombor Telefon TAC Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ramai pemohon KWSP RM10,000 tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mengemaskini nombor telefon bagi permohonan Pengeluaran Khas ini?

Ramai pemohon KWSP RM10,000 tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mengemaskini nombor telefon bagi permohonan Pengeluaran Khas ini?

Ini cara mudah untuk kemaskini nombor telefon KWSP Secara Online.


Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Online

Kami kongsikan kepada anda cara untuk menukar nombor telefon untuk proses OTP/TAC:

Pergi Ke Kiosk KWSP

Cara untuk mendaftar/kemaskini nombor telefon TAC/OTP adalah dengan anda pergi ke kios KWSP berdekatan tempat tinggal anda kerana proses untuk menukar nombor telefon ini melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.



Untuk tempoh kemaskini ini dijangkakan mengambil masa dalam 24 jam daripada waktu pengemaskini.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000


Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik butang 'Semakan Status'
  3. Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
  4. Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK
  5. Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  6. Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  7. Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  8. Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  9. Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
  10. Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  11. Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.

Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.

Tarikh Semakan Status Lulus Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000

Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.