Bantuan Baucar RM50 Untuk Rakyat Malaysia

Kerajaan telah melancarkan sebuah program iaitu Baucar Perlindungan Tenang (PTV) dimana program ini bertujuan sebagai jaminan keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam kalangan Keluarga Malaysia.  Melalui program ini, kerajaan akan memberi subsidi untuk perlindungan insurans / takaful dalam usaha meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.



Kerajaan telah melancarkan sebuah program iaitu Baucar Perlindungan Tenang (PTV) dimana program ini bertujuan sebagai jaminan keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Melalui program ini, kerajaan akan memberi subsidi untuk perlindungan insurans / takaful dalam usaha meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.



Baucar Perlindungan Tenang (PTV)

Program ini adalah skim bantuan kewangan yang diberi kepada penerima BPR yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen dengan pemberian baucar RM50.

Ini adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak.


Tarikh Pelaksanaan

Program ini bermula 30 September 2021 sehingga September 2022.


Jumlah Baucar 

Setiap penerima BPR yang layak akan menerima satu baucar bernilai RM50.

Baucar ini tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh digunakan oleh penerima BPR yang layak.


____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________

Semakan Kelayakan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan program ini.

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui dua cara iaitu dengan:

  1. Melayari laman web ptv di https://www.myptv.my/
  2. Kunjungi wakil pengendali takaful / rakan kongsi / wakil insurans.

Rujuk infografik di bawah:


Syarat Program Baucar Perlindungan Tenang

Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi:

  1. Baucar hanya layak untuk penerima BPR
  2. SATU baucar hanya boleh digunakan untuk membeli satu polisi sahaja. Sekiranya harga produk yang dibeli kurang daripada RM50. Baki tidak akan dipulangkan dan sekiranya lebih, penerima perlu membuat penambahan bayaran.
  3. Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan.
  4. Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi/sijil baharu, memperbaharui sijil/polisi (tarikh kuatkuasa berdasarkan program PTV). Baucar tidak boleh digunakan untuk polisi/sijil sedia ada.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, anda boleh mengubungi pusat panggilan PTV di talian 03-7723 9333 (Isnin - Jumaat / 8:00 Pagi - 6:00 Petang)

Maklumat lanjut mengenai produk perlindungan tenang, anda boleh layari www.mycoverage.my