Cara Mohon RM600 untuk Pekerja & RM200 untuk Majikan melalui KerjayaGig PERKESO





Program KerjayaGig merupakan kesinambungan daripada insentif pengambilan pekerja & program latihan dari PenjanaKerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

PERKESO adalah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program ini. Hal ini, bertepatan dengan pengumuman PEMERKASA yang dilakukan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang KerjayaGig PERKESO ini.

Apakah objektif Program KerjayaGig?

  • Memperluas skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
  • Memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya (underutilised) dan sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
  • Menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig

Jumlah Insentif Bantuan

RM200 untuk penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO, termasuk organisasi. platform atau pertubuhan yang menyediakan penempatan bagi pekerjaan sementara atau gig bermula 17 Mac 2021.

RM600 bagi individu yang diambil bekerja sendiri/ gig sehingga tempoh 6 bulan.

Cara Permohonan KerjayaGig

  • Mengiklankan jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my
  • (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah bekerja sendiri)
  • Mengambil orang bekerja sendiri (OBS) untuk bekerja.
  • Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja.
  • Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari

Siapa Yang Layak memohon?

Individu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah program KerjayaGig:
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang diberhentikan kerja
  • Pencari kerja dari golongan rentan, contohnya pencari kerja yang berdaftar di bawah e-kasih

Tempoh Permohonan

1 April 2021 - 30 Jun 2021

Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  • OBS menerima e-mel notifikasi setelah permohonan operator diluluskan
  • OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan.
  • Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua sehingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua).
  • OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my

Syarat Tambahan Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  • Menunjukkan pembuktian aktiviti pekerjaan 15 jam bekerja dalam seminggu bagi setiap bulan permohonan melalui Log Aktiviti Gig untuk menerima bayaran berikutnya.
  • Melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.

Soalan Lazim KerjayaGig











Maklumat Lanjut

Anda boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan berkenaan KerjayaGig: