Permohonan Baru Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara JPA 2021 ~ Mohon Sebelum 23 Mac 2021



Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).


Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:


(i) pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;

(ii) bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;

(iii) bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan

(iv) selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman


SYARAT PERMOHONAN


Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: 

Syarat Umum

1) Warganegara Malaysia;

2) Mempunyai kesihatan yang baik;

3) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

4) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;

5) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan

6) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau

ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau

(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan

(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan

(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Semua bidang adalah ditaja di bawah PIDN Tahun 2021 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual ijazah / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan;
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

CARA MEMOHON


Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my bermula 11 Mac 2021 (Khamis) hingga 23 Mac 2021 (Selasa). 

Permohonan ditutup pada 23 Mac 2021, jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Calon boleh merujuk

Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Maklumat Lanjut Program Tajaan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4:30 petang atau emelkan kepada pidn2021@jpa.gov.my (talian dan emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 11 sehingga 23 Mac 2021).

Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 9.00 – 10.00 pagi dan 3.00 – 4.00 petang di pautan meet.google.com/jyb-hnkd-ctw

SENARAI INSTITUSI YANG DITAJA DI BAWAH PIDN TAHUN 2021


1. Universiti Malaya (UM)

2. Universiti Sains Malaysia (USM)

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4. Universiti Putra Malaysia (UPM)

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10. Universiti Utara Malaysia (UUM)

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

21. Politeknik Premier

22. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

23. Universiti Multimedia (MMU)

24. Universiti Teknologi Petronas (UTP)

25. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)