i-Sinar: Cara Mudah Semak Status Lulus dan Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Kategori 2 Menggunakan i-Akaun
Sekiranya anda sudah membuat permohonan i-Sinar kategori 2 dan anda ingin menyemak status lulus dan kemasukan duit pembayaran, kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk menyemak status lulus i-Sinar kategori 2 menggunakan i-akaun.
Kami kongsikan kembali cara yang dilakukan oleh fb Qiemut Fadhzillah kepada anda:
Cara Semak Status Lulus Dan Kemasukan Duit i-Sinar Kategori 2 Menggunakan i-akaun
1. Log-in i-akaun, kemudian tekan Pengeluaran/Withdrawal
2. Tekan Sejarah Pengeluaran/Withdrawal History
3. Tengok status, kalau lulus tekan perkataan i-Sinar untuk payment detail. Sekiranya status masih pending. sila tunggu dengan tabah.
4. Tarikh yang ditunjukkan di sejarah bayaran pengeluaran itulah duit yang akan dimasukkan nanti. Cuma status sama ada dimasukkan pagi, petang atau malam bergantung kepada kwsp.
5. Contoh permohonan kategori 2 yang sudah pun diluluskan.
Maklumat Tambahan Untuk Anda
Kami sarankan untuk anda menggunakan i-akaun bagi menyemak kelulusan dan kemasukan pembayaran kerana infonya yang lebih tepat dan boleh dipercayai.Tambahan pula, hal ini akan menjimatkan masa anda daripada pergi ke cawangan KWSP berbaris panjang semata-mata untuk bertanyakan soalan tentang lulus ataupun tidak permohonan anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.
Kredit: fb Qiemut Fadhzillah