i-Sinar KWSP: Pembayaran Interim RM1,000 Kategori 2 Sudah Mula Dikreditkan Berperingkat-Peringkat ~ Semak Akaun anda!

Bagi anda yang ada membuat permohonan i-Sinar kategori 2, hari ini 26 Januari 2021 merupakan hari pembayaran interim sebanyak RM1,000. Pastinya perkara ini akan memberikan kegembiraan dan mengurangkan kegusaran di hati pemohon-pemohon i-Sinar ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa pemohon yang tidak diluluskan permohonan mereka bagi i-Sinar kategori 1 disebabkan beberapa faktor. Namun begitu, kerajaan tampil dengan memberikan peluang kepada mereka yang tidak lulu kategori 1, untuk membuat permohonan bagi i-Sinar kategori 2. 

Sedikit berbeza dengan i-Sinar kategori 1, bagi kategori 2 ini anda perlu untuk memuat naik dokumen sokongan untuk membolehkan permohonan i-Sinar kategori 2 anda diluluskan. Sekiranya anda menepati syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan, pembayaran interim i sinar kategori 2 sebanyak RM 1,000 akan dikreditkan ke akaun anda hari ini. 

Anda perlu faham, pengkreditan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kepada bank masing-masing. Jadi anda perlu bersabar, menunggu dan cek akaun anda daripada semasa ke semasa untuk melihat sama ada sudah dikreditkan ataupun tidak. 

Kami kongsikan kepada anda screenshot yang menunjukkan beberapa pemohon yang sudah menerima pengkreditan i-Sinar kategori 2 hari ini:


Bukti Pengkreditan Interim I-Sinar Kategori 2 RM1,000




Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan

Bagi anda yang belum membuat permohonan i sinar kategori 2, berikut kami kongsikan kepada anda cara permohonan dan dokumen yang perlu disertakan. Permohonan ini masih lagi dibuka. Jadi apa tunggu lagi mohon segera!

Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my


Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.


Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama dengan rakan-rakan anda.