BPR: Bantuan RM350 Untuk Golongan Bujang 2021


Tahukah anda sebelum Bantuan Prihatin Rakyat ini diperkenalkan kepada satu nama yang baharu, ia lebih dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Dengan adanya Bantuan Prihatin Rakyat yang diusahakan oleh pihak kerajaan walaupun berganti saf kepimpinan atasan, namun bantuan ini tetap diberikan kepada golongan rakyat yang memerlukan. 

Apa yang lebih menariknya, dengan perubahan nama bantuan ini, sebenarnya menyebabkan jumlah bantuan ini juga ditambahbaik dan terdapat tambahan jumlah bantuan daripada tahun ke tahun.

Jumlah Dan Syarat Bantuan Golongan Bujang 2021

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Diberikan kepada bujang yang melebihi 40 tahun
  • Jumlah pendapatan bulanan RM 2,000 dan ke bawah
  • Bantuan  RM 300

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

  • Diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada mereka yang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan  RM 350

Soalan Lazim

Bilakah permohonan BPR akan dibuka?
Pada penghujung bulan Januari 2021.

Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat?

Bergantung kepada kategori. Maksimum sehingga RM1,800.

Sebagai penerima BSH adakah saya layak?
Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH layak menerima BPR 2021.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?
Belum diumumkan lagi. Sedang dikemaskini.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.