Baca antara 16 SOP terkini PKPB di Sabah oleh MKN - Mingguan Kerja!

Terkini

Tuesday, November 10, 2020

Baca antara 16 SOP terkini PKPB di Sabah oleh MKN


Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah mengeluarkan SOP baru Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikemaskini 10 November 2020 bagi seluruh negeri Sabah. Menerusi laman facebook page MKN Sabah ada beberapa SOP baru yang ditetapkan:

1. Setiap keluarga hanya dibenarkan diwakili oleh 2 orang untuk membeli barang.
2. Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan.
3. Namun begitu, pekerja 'essential service' masih dibenarkan rentas daerah atas urusan kerja dengan menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
4. Perkhidmatan bas henti henti dibenarkan dengan kapisiti penumpang sebanyak 50% saja.
5. Kapisiti maksima penumpang untuk teksi adalah 2 orang sahaja.
6. Untuk pergerakan mendapat rawatan kecemasan di hospital, orang ramai dibenarkan bergerak mengikut kapasiti kenderaan TANPA KEBENARAN PIHAK PDRM.
7. Urusan kes jenazah di luar daerah dibenarkan tetapi perlu dapatkan kebenaran PDRM. Jumlah penumpang bergantung kepada situasi kes kecemasan.
8. Pasar raya, pusat membeli belah dan retail store dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga jam 10 malam.
9. Restoran / kedai & gerai makan / foodtruck / penjaja / medan selera / kedai runcit / kedai serbaneka dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga jam 10 malam.
10. DINE IN dibenarkan bagi premis hotel, gerai makan, coffee shop dan medan selera dengan separuh daripada kapisiti saiz meja.
11. Pembelian makanan secara talian, drive thru, penghantaran makanan juga dibenarkan.
12. Waktu operasi pasar harian ialah jam 6 pagi hingga jam 2 petang.
13. Pasar borong hanya dibenarkan beroperasi antara jam 12 pagi hingga jam 2 petang saja.
14. Stesen minyak dan dobi pula dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga jam 10 malam.
15. Waktu operasi lain lain jenis perniagaan juga dibenarkan pada jam 6 pagi hingga jam 10 malam.
16. Aktiviti sukan dan riadah yang tidak libatkan sentuhan fizikal boleh dijalankan secara indoor atau outdoor dengan tidak melebihi 10 orang.

Sumber: MKN Sabah