Rasmi: Cara Buat Pengeluaran RM10,000 KWSP Tanpa Syarat


Pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kini pencarum yang berdepan pemotongnan gaji, atau tidak dapat mencari pendapatan tambahan menerusi kerja lebih masa turut boleh memohon.

Join Telegram Rasmi: http://t.me/mingguankerja

APA SYARAT PENGELUARAN RM10,000 KWSP?

Mereka yang bukan lagi pencarum aktif atau bekerja di sektor tidak rasmi yang terkesan turut dibolehkan membuat pengeluaran.

Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000.

"Tunjuk saja bukti (anda) hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (kerja lebih masa), atau pengurangan pendapatan bagi yang bekerja sendiri," kata Zafrul di Dewan Rakyat hari ini.


Pengumuman itu disambut ketukan meja daripada sejumlah ahli Parlimen yang menyokong keputusan itu.

Terdahulu, pencarum yang layak membuat permohonan itu, menerusi program i-Sinar, adalah mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk Umno, mendesak kerajaan agar meluaskan pengeluaran akaun 1 kepada semua pencarum.

Berkenaan moratorium pinjaman bank pula, kerajaan mengekalkan keputusan sebelum ini dan tidak menuruti desakan agar lanjutan moratorium diberi secara automatik kepada semua peminjam.

Pada masa ini, lanjutan moratorium adalah untuk mereka yang pendapatan atau pekerjaannya terjejas.

Berita lanjut menyusul..

Post a Comment

0 Comments