Permohonan I-Sinar KWSP Bermula Disember 2020 ~ Maksimum Pengeluaran RM500 - Mingguan Kerja!

Terkini

Tuesday, November 17, 2020

Permohonan I-Sinar KWSP Bermula Disember 2020 ~ Maksimum Pengeluaran RM500



Permohonan Boleh Dibuat Bermula Disember 2020

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020. i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

I-Sinar Amaun Maksimum Rm500 Sebulan Boleh Diakses Daripada Akaun 2

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek. i- Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan I-Sinar Bermula Disember 2020 Dan Kredit ke Akaun Bank Pemohon Bermula Januari 2021

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Sumber: KWSP