[7 Foto] Terharu.. Ebit Lew sewa pesawat kargo, "risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah" - Mingguan Kerja!

Terkini

Friday, October 30, 2020

[7 Foto] Terharu.. Ebit Lew sewa pesawat kargo, "risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah"


Siapa tidak kenal dengan pendakwah bebas, Ust Ebit Lew yang terkenal dengan pergerakannya membantu masyarakat terpinggir dan pekerja kelas bawah. Jika sebelum ini berita yang tular mengenai beliau menyewa lori tangki besar untuk membekalkan air bersih kepada penduduk terjejas di Selangor, kali ini lain pula kisahnya.

SEWA PESAWAT KARGO UNTUK SABAH

Ust Ebit Lew kali ini mengambil inisiatif dengan menyewa sebuah kapal kargo bagi memuatkan barangan bantuan kepada penduduk di Negeri Sabah. Ujarnya di laman Facebook peribadinya, beliau sangat risau selepas membaca berkenaan perkembangan terkini masyarakat di Negeri Sabah.

Semalam sahaja, penduduk yang terjejas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Taman Semarak turun beramai-ramai melakukan demonstrasi di sekatan jalan raya Taman Semarak kerana terputus bekalan dan menuntut pihak berwajib agar bantuan segera disalurkan. 

Baca: [3 Video] Bekalan terputus, penduduk lancar demonstrasi PKPD Taman Semarak Tawau

WARGANET SAMBUT BAIK TINDAKAN EBIT LEW

Hari ini, beliau terus tampil mendapatkan sebuah kapal kargo bagi menyalurkan bantuan terus ke Negeri Sabah. Melihat kepada reaksi warganet, rata rata menyokong usaha murni beliau. Misi bantuan kali ini menggunakan perkhidmatan Raya Airways Kargo.

Antara barangan sumbangan yang disalurkan adalah peralatan perubatan (medical), set Personal Protective Equipment (PPE), Facemask, Shoe Cover bagi keperluan hospital, klinik dan para frontliners di Sabah.