[Rasmi] Bantuan Elaun Kehilangan Pekerjaan (PERKESO) - Mingguan Kerja!

Terkini

Monday, November 9, 2020

[Rasmi] Bantuan Elaun Kehilangan Pekerjaan (PERKESO)


Tahukah anda tentang bantuan selama 6 bulan yang diberikan oleh PERKESO kepada mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang musim COVID-19? Program ini juga dikenali sebagai Sistem Insurans Pekerja (SIP) PERKESO. 

Program yang dilaksanakan oleh PERKESO ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka dan keluarga akibat kehilangan pekerjaan. 

SYARAT KELAYAKAN


Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:

1. Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
2. Berumur 18-60*
3. Bekerja dalam sektor swasta**
4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)

*Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP

Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman               kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan      CQC boleh didapati di sini.
3. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.


Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:

  1. Pembuangan kerja dan pertindihan
  2. VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  3. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  4. Bankrap atau penutupan tempat kerja
  5. Pembuangan kerja konstruktif
  6. Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  7. Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan


Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:
  1. Pembuangan akibat salah laku pekerja
  2. Perletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  3. Persaraan
  4. Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)

CARA PERMOHONAN


Permohonan boleh dibuat di atas talian atau di mana-mana kaunter pejabat PERKESO. Pautan untuk membuat permohonan di atas talian boleh didapati di sini.


Dokumen tersebut diperlukan semasa membuat permohonan:
  1. Salinan KPPN
  2. Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
  3. Salinan maklumat akaun bank
  4. Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
Selain itu, pemohon faedah-faedah tertentu dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan tambahan. Dokumen sokongan untuk semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:



Sila rujuk kepada panduan pengguna sebelum membuat permohonan di atas talian.


Berikutnya adalah carta aliran yang ringkas untuk menerangkan proses permohonan faedah. Carta ini adalah berdasarkan permohonan faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).



Sekiranya permohonan anda telah DITOLAK, anda berhak untuk membuat rayuan di Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS). Borang rayuan boleh didapati di mana-mana pejabat PERKESO.

Anda juga boleh melayari terus ke Portal Rasmi (SIP PERKESO) atau hadir terus ke mana-mana cawangan PERKESO bagi mendapatkan info lanjut mengenai bantuan ini.