Cara Mudah Semak Baki Akaun 2 Bagi Pengeluaran i-Lestari KWSP Untuk Pengeluaran Seterusnya - Mingguan Kerja!

Terkini

Saturday, August 1, 2020

Cara Mudah Semak Baki Akaun 2 Bagi Pengeluaran i-Lestari KWSP Untuk Pengeluaran Seterusnya




Jika anda masih tertanya-tanya macam mana nak semak penyata i-Akaun KWSP? Ini disediakan panduan buat Ahli KWSP yang ingin membuat semakan penyata, baki dan status pengeluaran KWSP. 

Untuk makluman, pihak KWSP menyediakan satu portal online yakni i-Akaun bagi memudahkan Ahli melakukan semakan penyata, baki dan status pengeluaran KWSP secara atas talian. Portal i-Akaun KWSP ini membolehkan para pencarum menyemak baki KWSP terkini melalui Akaun 1 dan Akaun 2. 

Selain itu, pencarum juga boleh membuat pengeluaran i-Lestari KWSP melalui portal e-Pengeluaran yang telah disediakan.


CARA SEMAK BAKI AKAUN 2 UNTUK PENGELUARAN I-LESTARI KWSP BULAN SETERUSNYA

Portal berikut akan mengongsikan maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan semakan penyata, pengeluaran i-Lestari serta baki melalui i-Akaun :

APA ITU I-AKAUN KWSP
i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

CARA SEMAKAN PENYATA I-AKAUN KWSP ONLINE

A. Pendaftaran Dan Pengaktifan i-Akaun KWSP

Anda perlu melakukan pendaftaran serta pengaktifan i-Akaun KWSP sama ada melalui emel atau ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP.

B. Log Masuk ke i-Akaun KWSP

  • Untuk log masuk akaun boleh layari menerusi portal KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  • Taipkan ‘Kod Pengaktifan’ yang anda terima dalam ruangan USER ID. Peringatan pengaktifan perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas diterima.
  • Seterusnya, masukkan ‘Kata Laluan Sementara’ dan klik pada butang ‘Login’. Apabila pengaktifan selesai dan menerima notifikasi berjaya.
  • Log masuk dengan ID baru.
  • Sekarang anda boleh buat semakan penyata secara online
C. Semakan Penyata KWSP
  1. Log in akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.
  2. Klik pada ‘Akaun Peribadi’ dan pilih tahun pada ruangan ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.
  3. Klik pada butang ‘Cari’ dan maklumat penyata akan dipaparkan.
  4. Anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata tersebut.
KEGUNAAN DAN KEMUDAHAN I-AKAUN KWSP

Antara kegunaan dan kemudahan yang disediakan dalam portal i-Akaun :

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun ini dan seberikutnya
  • Menyemak status pengeluaran
  • Menyemak transaksi caruman
  • Mengemaskini profil
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian KWSP 03 – 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP di seluruh Malaysia.