Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus Tingkatan 1 Dan 4 Bermula 6 April ~ SBP, SMKA, SMT, KV Dan MTD

Kongsikan Artikel Ini

daftar%2Bsekolah%2Btingkatan%2B1%2Bdan%2B4

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan tarikh pendaftaran murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus untuk tahun 2021 adalah pada 6 April depan.


KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021.

Antara Sekolah Khusus Yang Dibenarkan Untuk Mendaftar

Sekolah Khusus adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.
Menurut KPM, semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) boleh dibuat pada 19 dan 23 Mac.

Tarikh Semakan ke SBP, SMKA Dan MTD

Tarikh semakan bagi Tingkatan 1 ke SBP dan SMKA adalah pada 19 Mac ini, diikuti Tingkatan 4 SBP, SMKA dan SMT serta Tahun 1 SVM KV pada 23 Mac manakala tarikh semakan temu duga bagi kemasukan ke Tingkatan 4 MTD pula pada 23 Mac.

Semakan Tawaran Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan:
Sumber: BERNAMA dan astroawani.com


Kongsikan Artikel Ini