STR Fasa 4 : Tarikh Bayaran & Senarai Penerima Yang Layak

Kongsikan Artikel Ini

STR Fasa 4 merupakan satu bentuk bantuan dibawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang layak.

STR Tambahan yang berjumlah RM600 juga akan diagihkan untuk mereka yang layak dan berdaftar didalam pangkalan data eKasih.

Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023 . Pada perkongsian kali ini, kami akan kongsikan butiran lanjut mengenai bantuan ini.

Golongan Penerima STR Fasa 4

Mengikut data dari pihak LHDN, penerima bantuan ini adalah merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini juga bermakna, permohonan baharu dan proses kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima yang layak.

Baca Juga :

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Proses pengkreditan STR Fasa 4 ke akaun penerima akan dilakukan pada bulan November 2023.

Sama seperti STR sebelum ini, bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Dibawah merupakan rajah tentang pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 ini:

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 -4 AnakRM900
> 5 AnakRM1,200
Warga Emas Sebatang Kara (60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM0
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM0

Semakan Status Kelayakan STR Fasa 4

Kategori Layak STR Fasa 4

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

Penerima STR Fasa 4
STR Fasa 4 : Tarikh Bayaran & Senarai Penerima Yang Layak 4

Maklumat Lanjut

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Kongsikan Artikel Ini