Semakan Pembayaran BPR Tambahan RM500, RM300 & RM100

Kongsikan Artikel Ini

semakan%2Bpembayaran%2Bbpr%2Btambahan

telegram%2Bimage

Perdana Menteri pada hari ini telah mengumumkan Pakej Bantuan PKP 3.0 atau PEMERKASA TAMBAHAN untuk membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas dengan peruntukkan sebanyak 40 Billion Ringgit dengan tiga matlamat iaitu untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________


BPR TAMBAHAN

Bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, sebanyak 2.1 billion ringgit diperuntukkan bagi menambah kadar BPR.
1. Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500
– Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM500
2. Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000
– Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM300
3. Bujang akan menerima tambahan BPR sebanyak RM100
BPR%2BTAMBAHAN

TARIKH PEMBAYARAN BPR TAMBAHAN

BPR tambahan ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini juga merupakan bayaran tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan september nanti sebanyak 2.4 billion ringgit.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR, anda boleh menghubungi:
Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my/
LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
Atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM


Kongsikan Artikel Ini